• Alhamdulillah..akhirnya setelah 9 bulan aku dalam perut mak, aku keluar juga pada pukul 6.50 pagi 28 Ogos 1987 bersamaan dengan hari Jumaat kat rumah tok di Parit 2, Jalan Gula, Simpang 4 Semanggol, Perak.
  • Setelah berbincang akhirnya aku diberi nama Ros Zaihan binti Rosli. Mak ada cakap yang Pak Teh nak letak nama Farah, tapi atok tak mau, atok cakap macam nama orang putih, hehehe.
  • Tak lama lepas aku dilahirkan, mak dan abah berpindah ke Matang Jelutong, Pulau Pinang.
  • Genap umur aku 6 tahun, aku dihantar ke tadika di Tabika Perpaduan Kampung Kota, Permatang Pasir, Pulau Pinang.
  • Masuk darjah 1 (1 Melati) kat Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir sampai darjah 2 (2 Melati)(1994-1995).
  • Hujung tahun 1995 family aku balik semula ke Perak. Abah dah buat rumah kat Perak rupanya. Jadi kami pun berpindah ke rumah sekarang ni di Parit Haji Hassan, Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak.
  • Aku masuk sekolah baru untuk meneruskan pembelajaran ku ke darjah 3,hehe. Aku mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu. Aku belajar kat situ sampaila darjah 6 (1996-1999).
  • Dari darjah 3 sampai aku darjah 6, aku duk kelas Merah (kelas pertama). Maklumlah..budak pandai kan,hehe. :)
  • Kemudian aku terus melangkah ke sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (SMKA Kerian) (2000-2004).
  • Masa Form 1, aku kelas 1 Haytham, tapi naik Form 2 aku turun kelas, 2 Jabir.huhu. Dah jadi tak pandai dah,huhu. Tapi Alhamdulillah akhirnya masa Form 3 aku naik kelas balik, 3 Haytham. Tapi yang sedihnya lepastu masa Form 4 dan Form 5 tak naik-naik dah. Terus di situ dan di situ,huhu. 4 Haytham dan 5 Haytham.
  • Ada peristiwa di sebaliknya...sepatutnya masa Form 4 aku masuk kelas 4 Farabi sebab aku dapat 7A masa PMR 2002. Tapi entah macam mana nama aku tersalah masuk ke 4 Haytham. Aku pergi jumpa PK HEM masa tu, Tn. Hj Husni, dia minta maaf sebab memang salah pihak sekolah dan aku boleh masuk 4 Farabi. Kemudian aku turun bawah dan pergi ke kelas 4 Farabi, aku tengok kelas tu dari pintu belakang. Agak terkejut sebab kelas tu sangat ramai. Akhirnya aku naik balik bagitau kat Tn. Hj Husni yang aku tak jadi nak masuk kelas tu, dan aku buat keputusan untuk terus duduk di kelas 4 Haytham. Aku bagi alasan sebab kelas 4 Farabi sangat ramai. Aku risau kalau ramai-ramai macam tu aku tak boleh nak belajar.
  • Dan akhirnya ingatkan naik form 5 boleh la naik kelas, hehe. Nak buat macam mana bukan rezeki aku, lagi pun masa form 4 aku aktif sangat, sampai kurang masa untuk study. So..terima la habuannya, hehe.
  • Tapi tak kisah la kan..kisah lama. Akhirnya lepas SPM aku dapat terus sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) -Sains Hayat- (2005-2006). Aku Hayat 6 Praktikum 5 (H6P5), dan bilik aku di Tingkat 2 Blok A3.
  • Dan paling menggembirakan akhirnya aku dapat melanjutkan pelajaran aku ke Universiti Malaya (UM), universiti yang aku idam-idamkan dari kecil,hehe. (2006-2009).
  • Aku bermastautin di Kolej Kediaman Ketujuh (Za'ba) (2006-2008), kemudian aku pindah ke Kolej Kediaman Kesebelas (KUAZ) (2009) sebab lebih dekat dengan kelas aku.
  • 2009 aku habis belajar, dan sampai sekarang aku belum ada kerja tetap. Tapi aku tak la duduk goyang kaki tunggu duit jatuh depan mata, aku jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) (2009 di SMK Sri Kurau, 2010 di SMK Alang Iskandar).
  • Lepas habis kontrak, aku jadi cikgu tusyen dari awal tahun 2011 sampai la sekarang.

1 comments:

ZAIHAN said...

Ok la kan..at least anak2 leh baca nanti..kalau tulis dlm diari takleh tulis cantik2 camni..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...