Tulip merupakan nama genus untuk 100 spesies tumbuhan berbunga yang termasuk ke dalam keluarga Liliaceae. Tulip berasal dari Asia Tengah, tumbuh liar di kawasan pergunungan Pamir dan pergunungan Hindu Kush dan di Kazakhstan. Negara Belanda terkenal sebagai Negara bunga tulip. Tulip juga merupakan bunga kebangsaan Iran dan Turki.
Tulip merupakan tumbuhan tahunan yang tingginya antara 10-70 cm, daunnya berlilin, berbentuk sempit memanjang berwarna hijau kebiru-biruan, dan bunganya berukuran besar terdiri 6 helai daun mahkota. Tulip hasil kacukan menghasilkan bunga berwarna tunggal, merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu, atau pelbagai kombinasi dan ton warna. Tulip menghasilkan biji-biji berbentuk bundar pipih yang dibungkus di dalam kapsul kering.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...