Showing posts with label SUDUT RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label SUDUT RENUNGAN. Show all posts
ORANG BERILMU YANG TAK BERAMAL
Nak berilmu bukan tunggu masuk universiti, apa yang korang belajar hari-hari dari kesalahan diri pun ilmu juga. Dah ada ilmu tu amalkan le. Dah tahu benda salah jangan la buat lagi. Insaf, taubat, semua yang kita hadapi hari-hari tu pun ilmu yang kita panggil pengalaman.

ORANG BERAMAL TAPI TAK BERILMU
Apa amalan yang korang rasa dapat membantu korang di akhirat nanti? Kalau tak tahu maknanya korang takde ilmu. Dari tadika sampai keluar universiti semuanya ilmu nak guna kat atas dunia ni aje. Ada subjek agama pun monteng, ada jugak yang tukar amil lukisan. Habis tu apa yang korang nak bawak jumpa Tuhan? Ijazah korang? Master? PhD? Mungkin la korang banyak buat kerja-kerja amal sampai dapat pingat, dapat pangkat tapi korang buat semua tu bukan kerana Tuhan kan? Kerana projek? Kerana nama? Kerana glamour? Kerana dunia kan? Kamon la, diri korang pun korang tak boleh nak kelentong, inikan pulak Tuhan Yang Maha Mengetahui.

ORANG TAK BERILMU DAN TAK BERAMAL
Ni bangsa bodoh sebab takde ilmu, sombong sebab rasa tak perlu beramal (eleh, Tuhan tahu kita sibuk banyak kerja) siapa lagi kalau bukan kita. Bila bab agama tolak tepi, nak kejar dunia...akhirat tu nanti. Solat pun main ikut-ikut, kalau tanya main jawab kot-kot. Nak dengar ceramah takde le, krem lutut bersila kat masjid tapi kalau tengok konsert berdiri sejam pun tak jadi apa. Siap jerit "We Want More!!!".

ORANG BERILMU DAN BERAMAL DENGAN ILMUNYA
Dah berilmu baru tau apa erti beramal. Sampai dikatakan...tidur orang yang berilmu lebih baik dari solat orang yang jahil. Dah tu pak imam tidur untuk kumpul tenaga bangun tahajjud, kita pulak yang solat bagai nak rak dok berangan bestnya kalau dapat tidur, siap planning nak skip subuh. Nampak sangat dalam bab agama kita ni bangang walau rambut dah jarang, gigi dah kurang, lutut dah goyang. Nak buat cemana dah hampir sepanjang hayat kejar ilmu dunia, urusan dunia, impian dunia, bila nyawa dah tersekat-sekat baru nak beringat. Baru sedar hakikat bahawasanya tempat kembali kita semua adalah akhirat yang selama ini kita pakat buat-buat tak ingat. Dalam saki baki waktu yang singkat, semua pakat nak buat ibadat, nak tadah kitab dah tak larat, tak berapa nak ingat, takut nak belajar nanti tak sempat nak beribadat. Tu yang solat tangkap muat, apa yang tahu aje buat. Uncle, pak cik, mak cik...dalam bertaubat mana ada terlambat tapi yang melambat-lambatkan taubat tu le yang mati tak sempat taubat.


~Cited from majalah Ujang edisi 372~
PERJANJIAN DENGAN PEMILIK
Sebelum kita lahir kat dunia dulu kita dah ada perjanjian dengan pemilik sebenar tapi sampai sekarang kita lupa dan buat-buat lupa. Kata nak mengEsakan Dia dan hanya Dia

99 TAHUN TU PENDEK SANGAT

KERJA SUSAH-SUSAH BIAR BERBALOI

KITA MANA ADA MILIK APA-APA
PERCAYA PADA ALLAH
Suatu masa dulu kat alam lain, kita semua percaya pada Allah. Roh kita bersih semuanya tapi bila kita dah sampai ke dunia, dah bergelumang sampai bersalut tebal dengan duniawi, kita percaya gitu-gitu je pada Allah. Yang mengaku Islam sebut le percaya pada Allah sebab takut tak dikatakan Islam tapi dalam hati belum pasti. Bukan ke Allah kata yang diperatikanNya ialah hati bukan apa yang kita kata? Nak cakap apa lagi?

PERCAYA PADA JANJI ALLAH
Allah janji macama-macam dalam al-Quran, Rasullullah S.A.W pun sampaikan janji-janji tu dalam hadis. Ada kita percaya?

PERCAYA PADA KASIH ALLAH

PERCAYA PADA ILMU ALLAH

PERCAYA ALLAH ADA

SKRIP KEHIDUPAN
Semua pelakon dah diberikan skrip sejak 1430 tahun dulu. Ada 114 babak. Semua watak ada tertulis dalam tu, hero tak hero, samseng, pailang, spy pailang, pilih je nak watak mana. Kalau dah hidup tunggang-langgang maka korang bacalah skrip pailang ye. Kalau baik maka ikut skrip hero kita Sayyidina Muhammad s.a.w. Ikut betul-betul InsyaAllah boleh masuk Hall of Fame sama dengan baginda. Kalau tak, ada can masuk Hall of Flame dengan Abu Jahal.

PLOT CERITA
Cerita tiap-tiap orang tak sama. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, cerita adventure dan macam-macam lagi. Ni bukan cerita Hollywood atau Hindustan, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang-kadang hero kalah memanjang, orang jahat pulak yang senang. Dah ceritanya dikarang oleh Yang Maha Besar, suka hati Dia nak buat cemana. Bukan kira menang kalah kat dunia, ini baru intro aje. Kat akhiratlah cerita sebenarnya.

DURASI CERITA
Maha Suci Dia nak tentukan cerita kita panjang mana. Ada feature film, ada jugak short film. Dia aje yang tahu. Korang perlu perbaikkan watak dan 'lakonan' sahaja. Dia nak matikan watak korang bila-bila masa aje, jangan ingat korang hero tak boleh mati. Buat yang terbaik, buat dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang watak yang kita bawak kecik aje, dialog pun tak banyak, tapi kalau baik perwatakannya tentu dapat award. Watak utama dalam filem panjang meleret tapi melalut, orang tengok pun menyampah.

ACT 1 TAKE 1
Cerita yang kita lakonkan sekarang Dia dah tulis siap-siap awal-awal lagi, sebelum dia buatkan set dan lokasi filem ni. Semuanya Dia dah prepare baik punya. Korang je perasan macam cerita ni korang yang karang. Tu yang berlakon ikut sesuka hati aje sampai lupa arahan Director. Patutnya apa yang Dia suruh korang buat, apa yang Dia larang jangan buat, tapi korang buat bangang aje. Tu yang over acting memanjang. Ingat, kita ada satu 'take' aje, so buat elok-elok laa. Baca dan fahamkan skrip, jangan simpan je skrip atas gobok. Study cemana Rasulullah s.a.w bawak watak dia, cuba ikut dan jangan melalut.

~Cited from Majalah Ujang edisi 369~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...