ORANG BERILMU YANG TAK BERAMAL
Nak berilmu bukan tunggu masuk universiti, apa yang korang belajar hari-hari dari kesalahan diri pun ilmu juga. Dah ada ilmu tu amalkan le. Dah tahu benda salah jangan la buat lagi. Insaf, taubat, semua yang kita hadapi hari-hari tu pun ilmu yang kita panggil pengalaman.

ORANG BERAMAL TAPI TAK BERILMU
Apa amalan yang korang rasa dapat membantu korang di akhirat nanti? Kalau tak tahu maknanya korang takde ilmu. Dari tadika sampai keluar universiti semuanya ilmu nak guna kat atas dunia ni aje. Ada subjek agama pun monteng, ada jugak yang tukar amil lukisan. Habis tu apa yang korang nak bawak jumpa Tuhan? Ijazah korang? Master? PhD? Mungkin la korang banyak buat kerja-kerja amal sampai dapat pingat, dapat pangkat tapi korang buat semua tu bukan kerana Tuhan kan? Kerana projek? Kerana nama? Kerana glamour? Kerana dunia kan? Kamon la, diri korang pun korang tak boleh nak kelentong, inikan pulak Tuhan Yang Maha Mengetahui.

ORANG TAK BERILMU DAN TAK BERAMAL
Ni bangsa bodoh sebab takde ilmu, sombong sebab rasa tak perlu beramal (eleh, Tuhan tahu kita sibuk banyak kerja) siapa lagi kalau bukan kita. Bila bab agama tolak tepi, nak kejar dunia...akhirat tu nanti. Solat pun main ikut-ikut, kalau tanya main jawab kot-kot. Nak dengar ceramah takde le, krem lutut bersila kat masjid tapi kalau tengok konsert berdiri sejam pun tak jadi apa. Siap jerit "We Want More!!!".

ORANG BERILMU DAN BERAMAL DENGAN ILMUNYA
Dah berilmu baru tau apa erti beramal. Sampai dikatakan...tidur orang yang berilmu lebih baik dari solat orang yang jahil. Dah tu pak imam tidur untuk kumpul tenaga bangun tahajjud, kita pulak yang solat bagai nak rak dok berangan bestnya kalau dapat tidur, siap planning nak skip subuh. Nampak sangat dalam bab agama kita ni bangang walau rambut dah jarang, gigi dah kurang, lutut dah goyang. Nak buat cemana dah hampir sepanjang hayat kejar ilmu dunia, urusan dunia, impian dunia, bila nyawa dah tersekat-sekat baru nak beringat. Baru sedar hakikat bahawasanya tempat kembali kita semua adalah akhirat yang selama ini kita pakat buat-buat tak ingat. Dalam saki baki waktu yang singkat, semua pakat nak buat ibadat, nak tadah kitab dah tak larat, tak berapa nak ingat, takut nak belajar nanti tak sempat nak beribadat. Tu yang solat tangkap muat, apa yang tahu aje buat. Uncle, pak cik, mak cik...dalam bertaubat mana ada terlambat tapi yang melambat-lambatkan taubat tu le yang mati tak sempat taubat.


~Cited from majalah Ujang edisi 372~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...