SKRIP KEHIDUPAN
Semua pelakon dah diberikan skrip sejak 1430 tahun dulu. Ada 114 babak. Semua watak ada tertulis dalam tu, hero tak hero, samseng, pailang, spy pailang, pilih je nak watak mana. Kalau dah hidup tunggang-langgang maka korang bacalah skrip pailang ye. Kalau baik maka ikut skrip hero kita Sayyidina Muhammad s.a.w. Ikut betul-betul InsyaAllah boleh masuk Hall of Fame sama dengan baginda. Kalau tak, ada can masuk Hall of Flame dengan Abu Jahal.

PLOT CERITA
Cerita tiap-tiap orang tak sama. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, cerita adventure dan macam-macam lagi. Ni bukan cerita Hollywood atau Hindustan, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang-kadang hero kalah memanjang, orang jahat pulak yang senang. Dah ceritanya dikarang oleh Yang Maha Besar, suka hati Dia nak buat cemana. Bukan kira menang kalah kat dunia, ini baru intro aje. Kat akhiratlah cerita sebenarnya.

DURASI CERITA
Maha Suci Dia nak tentukan cerita kita panjang mana. Ada feature film, ada jugak short film. Dia aje yang tahu. Korang perlu perbaikkan watak dan 'lakonan' sahaja. Dia nak matikan watak korang bila-bila masa aje, jangan ingat korang hero tak boleh mati. Buat yang terbaik, buat dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang watak yang kita bawak kecik aje, dialog pun tak banyak, tapi kalau baik perwatakannya tentu dapat award. Watak utama dalam filem panjang meleret tapi melalut, orang tengok pun menyampah.

ACT 1 TAKE 1
Cerita yang kita lakonkan sekarang Dia dah tulis siap-siap awal-awal lagi, sebelum dia buatkan set dan lokasi filem ni. Semuanya Dia dah prepare baik punya. Korang je perasan macam cerita ni korang yang karang. Tu yang berlakon ikut sesuka hati aje sampai lupa arahan Director. Patutnya apa yang Dia suruh korang buat, apa yang Dia larang jangan buat, tapi korang buat bangang aje. Tu yang over acting memanjang. Ingat, kita ada satu 'take' aje, so buat elok-elok laa. Baca dan fahamkan skrip, jangan simpan je skrip atas gobok. Study cemana Rasulullah s.a.w bawak watak dia, cuba ikut dan jangan melalut.

~Cited from Majalah Ujang edisi 369~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...