~ PERJALANAN HIDUP PESAKIT ENDOMETRIOTIC OVARIAN CYST ~

Aku bernikah pada 02/02/2013, sebelum kahwin..period aku tak lebih daripada 10 hari. Pada bulan 03/2013, period aku dtg mcm biasa (kitaran haid regular), tapi tempoh period tu agak lama, cuma tak melebihi 15 hari. Bulan-bulan berikutnya pun period jadi lama, ada sekali tu sampai 17 hari tempoh period. Mak aku dah suruh aku pergi klinik check mana tau kot ada sakit apa ke..tapi sebab aku tengah praktikal, aku tangguhkan dulu. Sampaila dah masuk bulan puasa (dah abis praktikal) iaitu pada bulan 07/2013, terus rasa lagi risau sebab period masih tak habis, sedangkan dah lebih 10 hari, dan risau jugak sbb nanti kena ganti puasa banyak, hehe. Jadi, aku pun pergi la ke klinik Dr. Raoofah di Silibin, Ipoh pada 11/7/2013 untuk scan rahim. First time nak pergi scan rahim seumur hidup aku ni, memang nebes sesangat la.. Bila doc scan je, memang terus nampak ketulan yang sangat besar dalam rahim aku. Dan doc cakap aku menghidap ENDOMETRIOSIS dan ada CYST sebesar 9 cm. Doc ckp cyst tu perlu dibuang. Kalau nak kena buang, maksudnya aku kena bedah la kan??? Aku memang terkedu, terpinga-pinga, dan air mata mengalir dengan sangat laju sambil teresak-esak. Aku tak ingat sebenarnya yang aku pernah tau atau tidak tentang penyakit ni, tapi bila doc ckp je otomatik otak aku terus pikir yang aku susah untuk pregnant. Esoknya aku pergi ke klinik Komuniti Pakar kat Ipoh jgk, ditemani oleh kakak ipar aku. Doc kat situ pun ckp benda yg sama, tapi lagi teruk sbb doc tu ckp kalau masa operate tu nanti rahim aku rosak teruk, rahim aku perlu dibuang. Gila ke apa doc ni, aku kahwin tak sampai setahun lagi dah nak buang rahim aku. Walaupun aku sdg sedih dan kecewa yang teramat sgt, aku pergi jugak utk dptkan pandangan pakar yang lain kat Hopital Pantai, Ipoh atas nasihat kakak ipar aku. Dan..benda yang sama jgk doc kat situ ckp, cyst tersebut perlu dibuang sebab dah terlalu besar. Akhirnya, pada 15/7/2013 aku menjalani pembedahan membuang cyst di UniKL Medical Centre oleh Dr.Raoofah. Aku pilih Dr.Raoofah sbb kos pembedahan dengan dia adalah yang paling murah dan dia seorang doktor muslimah. Alhamdulillah, pembedahan berjaya dijalankan. Doc cakap rahim aku masih elok, cuma cyst yang ada di ovari kanan tu dah melekat sikit dengan usus. Doc menyarankan aku ambil suntikan Lucrin. Doc cakap, Lucrin tu untuk mematikan sel-sel cyst dan memberhentikan period buat sementara waktu. Jadi, kemungkinan cyst tu untuk jadi balik ambil masa yang lama. Harga untuk satu suntikan Lucrin adalah RM 500 di klinik Dr.Raoofah. Jadi, aku minta doc buat surat rujukan ke hospital Ipoh untuk ambil Lucrin di sana. Aku kena ambil suntikan Lucrin sebanyak 6 kali selama 6 bulan.
*1st Lucrin - 29/8/2013
*2nd Lucrin - 26/9/2013
*3rd Lucrin - 24/10/2013
*4th Lucrin - 21/11/2013
*5th Lucrin - 19/12/2013
*6th Lucrin - 16/01/2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...