Tahu tak ape berita gembira yg kedua tu....
2 of my students from Teras Dinamik Tuition centre which study in SMK Sri Kurau get A in their biology paper for trial spm 2011... Izzati and Amir Khan... Ya Allah..berkat usaha mereka dan juga diriku sendiri yang bersusah payah study untuk buatkan diorang paham ape yg aku ajar...no experience in teaching biology..but..if u usaha, berdoa dan sentiasa bertawakal kepada Allah semoga apa yang diajar diberkati dan diredhaiNya..insyaAllah..inilah hasilnya..

and...a few hours later...i got msg from my student from Bestari Alfa in Parit Buntar, Amirah. She also get A in her biology paper..

They thanked me as i taught them...ur much welcome my dearest students.. I always hope all of u can get A in biology..the 'A' is a vary valuable gift for me...
Alhamdulillah...malam selasa lepas masa tengah sibuk2 buat kerja..tibe2 dpt msg dr MOE..yang tertulis...Sila layari http://www.didik.my/semak_gstt untuk muat turun surat panggilan dan maklumat bagi tujuan pengambilan GSTT ambilan NOV 2011/JAN 2012...hehe...cuak n terkejut gile..mane taknye..setiap malam online..mesti tgk blog persatuan gstt kot2 ade brita terbaru yang mengembirakan..seperti pungguk merindukan bulan..akhirnya jatuh juga bulan ke riba..hehe.. Walaupun hanya semakan dokumen seperti yang dinyatakan..tapi..ok la kan..at least dah maju setapak ke depan.. Mmg happy sangat sampai masa bgtau mak dgn abah tu dlm keadaan yang kelam kabut..hehe. Ape lagi..mak sampai 'ketaq lutut' ingatkan kenapa la..hehe.. Maaf ye mak..TERover excited..hehe.. Oklah..papehal pun..aku harap sangat penantian aku selama ni untuk menjadi seorang guru termakbul jua akhirnya..becoz...i really want to share my knowledge with my students...i like it..like it...:)
ORANG BERILMU YANG TAK BERAMAL
Nak berilmu bukan tunggu masuk universiti, apa yang korang belajar hari-hari dari kesalahan diri pun ilmu juga. Dah ada ilmu tu amalkan le. Dah tahu benda salah jangan la buat lagi. Insaf, taubat, semua yang kita hadapi hari-hari tu pun ilmu yang kita panggil pengalaman.

ORANG BERAMAL TAPI TAK BERILMU
Apa amalan yang korang rasa dapat membantu korang di akhirat nanti? Kalau tak tahu maknanya korang takde ilmu. Dari tadika sampai keluar universiti semuanya ilmu nak guna kat atas dunia ni aje. Ada subjek agama pun monteng, ada jugak yang tukar amil lukisan. Habis tu apa yang korang nak bawak jumpa Tuhan? Ijazah korang? Master? PhD? Mungkin la korang banyak buat kerja-kerja amal sampai dapat pingat, dapat pangkat tapi korang buat semua tu bukan kerana Tuhan kan? Kerana projek? Kerana nama? Kerana glamour? Kerana dunia kan? Kamon la, diri korang pun korang tak boleh nak kelentong, inikan pulak Tuhan Yang Maha Mengetahui.

ORANG TAK BERILMU DAN TAK BERAMAL
Ni bangsa bodoh sebab takde ilmu, sombong sebab rasa tak perlu beramal (eleh, Tuhan tahu kita sibuk banyak kerja) siapa lagi kalau bukan kita. Bila bab agama tolak tepi, nak kejar dunia...akhirat tu nanti. Solat pun main ikut-ikut, kalau tanya main jawab kot-kot. Nak dengar ceramah takde le, krem lutut bersila kat masjid tapi kalau tengok konsert berdiri sejam pun tak jadi apa. Siap jerit "We Want More!!!".

ORANG BERILMU DAN BERAMAL DENGAN ILMUNYA
Dah berilmu baru tau apa erti beramal. Sampai dikatakan...tidur orang yang berilmu lebih baik dari solat orang yang jahil. Dah tu pak imam tidur untuk kumpul tenaga bangun tahajjud, kita pulak yang solat bagai nak rak dok berangan bestnya kalau dapat tidur, siap planning nak skip subuh. Nampak sangat dalam bab agama kita ni bangang walau rambut dah jarang, gigi dah kurang, lutut dah goyang. Nak buat cemana dah hampir sepanjang hayat kejar ilmu dunia, urusan dunia, impian dunia, bila nyawa dah tersekat-sekat baru nak beringat. Baru sedar hakikat bahawasanya tempat kembali kita semua adalah akhirat yang selama ini kita pakat buat-buat tak ingat. Dalam saki baki waktu yang singkat, semua pakat nak buat ibadat, nak tadah kitab dah tak larat, tak berapa nak ingat, takut nak belajar nanti tak sempat nak beribadat. Tu yang solat tangkap muat, apa yang tahu aje buat. Uncle, pak cik, mak cik...dalam bertaubat mana ada terlambat tapi yang melambat-lambatkan taubat tu le yang mati tak sempat taubat.


~Cited from majalah Ujang edisi 372~
PERJANJIAN DENGAN PEMILIK
Sebelum kita lahir kat dunia dulu kita dah ada perjanjian dengan pemilik sebenar tapi sampai sekarang kita lupa dan buat-buat lupa. Kata nak mengEsakan Dia dan hanya Dia

99 TAHUN TU PENDEK SANGAT

KERJA SUSAH-SUSAH BIAR BERBALOI

KITA MANA ADA MILIK APA-APA
PERCAYA PADA ALLAH
Suatu masa dulu kat alam lain, kita semua percaya pada Allah. Roh kita bersih semuanya tapi bila kita dah sampai ke dunia, dah bergelumang sampai bersalut tebal dengan duniawi, kita percaya gitu-gitu je pada Allah. Yang mengaku Islam sebut le percaya pada Allah sebab takut tak dikatakan Islam tapi dalam hati belum pasti. Bukan ke Allah kata yang diperatikanNya ialah hati bukan apa yang kita kata? Nak cakap apa lagi?

PERCAYA PADA JANJI ALLAH
Allah janji macama-macam dalam al-Quran, Rasullullah S.A.W pun sampaikan janji-janji tu dalam hadis. Ada kita percaya?

PERCAYA PADA KASIH ALLAH

PERCAYA PADA ILMU ALLAH

PERCAYA ALLAH ADA

SKRIP KEHIDUPAN
Semua pelakon dah diberikan skrip sejak 1430 tahun dulu. Ada 114 babak. Semua watak ada tertulis dalam tu, hero tak hero, samseng, pailang, spy pailang, pilih je nak watak mana. Kalau dah hidup tunggang-langgang maka korang bacalah skrip pailang ye. Kalau baik maka ikut skrip hero kita Sayyidina Muhammad s.a.w. Ikut betul-betul InsyaAllah boleh masuk Hall of Fame sama dengan baginda. Kalau tak, ada can masuk Hall of Flame dengan Abu Jahal.

PLOT CERITA
Cerita tiap-tiap orang tak sama. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, cerita adventure dan macam-macam lagi. Ni bukan cerita Hollywood atau Hindustan, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang-kadang hero kalah memanjang, orang jahat pulak yang senang. Dah ceritanya dikarang oleh Yang Maha Besar, suka hati Dia nak buat cemana. Bukan kira menang kalah kat dunia, ini baru intro aje. Kat akhiratlah cerita sebenarnya.

DURASI CERITA
Maha Suci Dia nak tentukan cerita kita panjang mana. Ada feature film, ada jugak short film. Dia aje yang tahu. Korang perlu perbaikkan watak dan 'lakonan' sahaja. Dia nak matikan watak korang bila-bila masa aje, jangan ingat korang hero tak boleh mati. Buat yang terbaik, buat dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang watak yang kita bawak kecik aje, dialog pun tak banyak, tapi kalau baik perwatakannya tentu dapat award. Watak utama dalam filem panjang meleret tapi melalut, orang tengok pun menyampah.

ACT 1 TAKE 1
Cerita yang kita lakonkan sekarang Dia dah tulis siap-siap awal-awal lagi, sebelum dia buatkan set dan lokasi filem ni. Semuanya Dia dah prepare baik punya. Korang je perasan macam cerita ni korang yang karang. Tu yang berlakon ikut sesuka hati aje sampai lupa arahan Director. Patutnya apa yang Dia suruh korang buat, apa yang Dia larang jangan buat, tapi korang buat bangang aje. Tu yang over acting memanjang. Ingat, kita ada satu 'take' aje, so buat elok-elok laa. Baca dan fahamkan skrip, jangan simpan je skrip atas gobok. Study cemana Rasulullah s.a.w bawak watak dia, cuba ikut dan jangan melalut.

~Cited from Majalah Ujang edisi 369~
BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut di dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya iaakan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akanterhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, iaakan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya iaakan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akansembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH AL-HIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akanterselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akanhilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA’ (Saba’)
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : ”Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.”
Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..”Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : ”Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari seksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akanterpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.” Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.” [Al-Mukmin: 60]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...